PERMATANG PAUH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pemimpin mahupun Dewan Ulama Pas, untuk membetulkan beberapa kenyataan dikeluarkan penceramah bebas yang menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum ini.
Beliau berkata ini termasuk kenyataan bekas Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Kedah Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli baru-baru ini, yang menyatakan bahawa sesiapa sahaja tidak menyokong Pas adalah musuh Allah.
"Apakah benar orang tidak bersama dengan Pas adalah musuh Allah. Kalau betul, pasal apa arwah Tok Guru (Tan Sri) Nik Aziz sokong saya dan saya bukan ahli Pas pun. Ini mereka (pemimpin atau Dewan Ulama Pas) kena jawab," katanya.
Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Minum Petang bersama penduduk Kampung Sama Gagah, dekat sini hari ini.
Sebelum ini, Syeikh Muhd Zainul mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berkait isu 'musuh Allah' ketika program Himpunan Kedah Berselawat pada 24 Jun lepas, namun beliau telah memohon maaf serta mengakui kesilapan mengungkap kalimah berkenaan.
Anwar turut mendesak kepimpinan Pas membetulkan dakwaan lama yang dikeluarkan penceramah bebas itu, antaranya Nabi Adam A.S turun di Gunung Jerai, Kedah.
"Dua, dakwaan Saiyiddina Uthman bin Affan sampai di Kedah...kita kata dakwah tapi mengizinkan kepalsuan. Betul ke tidak, kalau tidak betul mengapa tidak ditegur," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Anwar mendesak kepimpinan Pas membetulkan dakwaan lama yang dikeluarkan penceramah bebas itu, antaranya Nabi Adam A.S turun di Gunung Jerai, Kedah. - Gambar fail/ Bernama
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Malaysia berhasrat jalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz, terokai pelbagai bidang
Anwar menyifatkan lawatan beliau ke Republik Kyrgyz sebagai amat penting dan berkata Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan negara dikelilingi daratan itu dalam pelbagai bidang.
Pegawai kastam mengaku tidak bersalah terima rasuah RM69,350
Seorang pegawai JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 43 pertuduhan menerima rasuah berjumlah keseluruhan RM69,350 dari 2017 hingga 2022.
10 Berita Pilihan - (15 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perdana Menteri Slovakia cedera ditembak, lapor media kerajaan
Seorang penyerang melepaskan beberapa das tembakan di hadapan House of Culture di pusat bandar Handlova.
Buah-buahan Malaysia buat penampilan pertama di Namibia
Acara yang diadakan di kompleks diplomatik itu mempamerkan mangga harum manis, nangka, nanas MD2, jambu lohan dan limau bali.
AWANI Ringkas: Perdana Menteri Singapura
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Seleweng Projek RM1.2 Bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selangor negeri kelapan terima pakai Akta 672 - Nga
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) di negeri itu.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.
Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar
Anwar berkata pandangan beliau disalah tafsir, dikupas sehingga ada yang mencerca dan baginya, tindakan itu adalah keterlaluan dan tidak sepatutnya terjadi.
Lebih 10,000 sertai Himpunan 10K Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan AS
Lebih 10,000 orang menyertai Himpunan 10k Solidariti Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara pada Sabtu.
Muktamar ke-69: Jangan jadi 'penebuk kapal', pesan Abdul Hadi kepada ahli Pas
Sekiranya kerajaan negeri pimpinan Pas ada kelemahan, ahli tidak seharusnya menumpang untuk meruntuhkan kerajaan tersebut.
Muktamar ke-69: Tiada pertandingan bukti Pas amal 'demokrasi paling hebat' - Takiyuddin
Pas memberikan ruang dan peluang seluasnya kepada akar umbi di kawasan untuk menentukan kepimpinan di peringkat pusat.
'Lembu dicucuk hidung' cubaan laga-lagakan Bersatu, Pas - Mohd Amar
Mohd Amar sifatkan tindakan menggelar parti Bersatu sebagai 'lembu dicucuk hidung' oleh Pas merupakan cubaan untuk melaga-lagakan kedua-dua parti.
Pas pegang prinsip al-din punca DAP tolak hubungan - Abdul Hadi
Pas sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip Islam, al-din yang mana bukan fahaman agama mengikut takrif sekularisme seperti DAP.
Abdul Hadi dipanggil ke Bukit Aman sekali lagi
Setiausaha politiknya Syahir Sulaiman memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan media, pada Isnin.
MCA, NGO tak wajar pertikai Modul Hadis 40 Imam Nawawi - Ulamak Pas
Datuk Ahmad Yahaya berkata, pembelajaran dan penghayatan hadis itu bukan suatu kesalahan yang perlu dibimbangkan.